top of page

PEMBUGARAN PROGRAM NILAM

Pembugaran Program NILAM Ditambahbaik telah dijalankan serentak dengan Bulan Bahasa KidSS iaitu pada 4 April 2018. Antara penambahbaikan yang bagi memastikan tabiat dan amalan membaca terus tersemai dalam kalangan warga KidSS adalah mewujudkan Sudut Bacaan Kelas, memperbanyak Pondok Little Free Library dan menggalakkan pelajar menyertai PenPals School.Selain akan memberi pengiktirafan kepada pelajar dalam bentuk Sijil Penghargaan dan markah dalam PAJSK, Program Nilam juga mampu melahirkan pelajar yang fasih berbahasa dan berkomunikasi.

Pada tahun ini, Ikon Nilam Guru akan diberi penekanan agar guru-guru sentiasa menambah ilmu sesuai dengan perkembangan dalam dunia pendidikan ini. Konsep membaca secara santai juga diperkenalkan sesuai dengan penjenamaan semula Perpustakaan KidSS iaitu KidSS Library Cafe.

Sempena Pelancaran Bulan Bahasa KidSS 2018.

Program Galakan Membaca di Kelas 4K2 bersama Cikgu Emelia

Pelajar membaca secara santai sambil menikmati minuman kopi.

Sudut Bacaan NILAM Kelas 4K2 dengan usaha Cikgu Emelia.

Pelajar boleh membaca di mana-mana, dengan adanya bahan bacaan di Little Free Library.

Membaca selama 10 minit semasa Perhimpunan Sekolah.

Sudut Lukisan dalam Perpustakaan KidSS hasil Kidmat Bakti Anak Seni KidSS dibawah bimbingan Cikgu Misnie Samsudin.

Sudut Bacaan Dalam Kelas dengan Tema:Kelas Ceria,Murid Gembira.


Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page